×

Nous utilisons des cookies pour rendre LingQ meilleur. En visitant le site vous acceptez nos Politique des cookies.

Malay Wikipedia, Dondang Sayang – Text to read

Malay Wikipedia, Dondang Sayang

Intermédiaire 1 de malais lesson to practice reading

Commencer à apprendre cette leçon maintenant

Dondang Sayang

daripada Wikipedia Bahasa Melayu

Ensiklopedia Bebas di ms.wikipedia.org

Rekaman ini dibuat daripada rencana Wikipedia

bertajuk Dondang Sayang pada 31.12.2012

Rencana bermula

Dondang Sayang

Dondang Sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional

Dalam lagu Dondang Sayang

penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun

tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kadang-kadang lucu

Nyanyian-nyanyian biasanya diiringi empat orang ahli muzik

yang terdiri daripada seorang pemain biola

dua orang pemain rebana iaitu gendang

dan seorang pemain gong ataupun tawak

Pemain biola biasanya merupakan ketua kumpulan ahli muzik

Beliau memainkan peranan utama dalam Dondang Sayang

dan membekalkan melodi kaunter kepada melodi vokal atau suara

Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka

antara persembahan

Tetapi, pemain biola jarang berbuat demikian walaupun dibenarkan

Sehingga lima buah rebana boleh digunakan

jika terdapat pemain muzik yang berlebihan

Kadang-kadang, rebana boleh digantikan dengan gendang ataupun kumpang

Barisan alat muzik boleh juga ditambah dengan akordeon

Muzik Dondang Sayang adalah perlahan

dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar

bermula dengan pengalalan biola

diikuti rebana

dan kemudiannya gong

dan akhirnya oleh nyanyian pada bar kelima

Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada kuisi cinta

Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka, Malaysia

pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15

Pantun Dondang Sayang

Terdapat banyak lirik pantun Dondang Sayang yang dimainkan

namun rata-rata timah pantun yang dibawa adalah tentang cinta dan kemesraan

yang digarapkan dalam suasana spontan yang liang dan kadang-kadang lucu

Pantun Baba merupakan contoh nyanyian irama Dondang Sayang

Pantun Baba

Nadir budis tolak belaya, tengah laut patah kemudinya

hutang budi dapat dibayar, hutang hati apa gantinya

tengah laut patah kemudi layar koyak dipukul angin

hutang mati membawa mati sebagai bola dipukul angin

pisang emas bawa belaya jeruk mari dalam kendi

hutang budi balas di dunia, hutang hati mengikat diri

pisang emas bawa belaya, masak sebijik di atas peti

hutang emas boleh dibayar, hutang budi menanggung hati

Rencana ini juga mengandungi pautan luar kepada beberapa halaman berkaitan Dondang Sayang

khususnya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Malaysia

File audio ini dan semua teks di dalam rencana

dilesenkan di bawah lesen Creative Commons Attribution Share Alive 3.0

yang boleh dicapai di halaman Creative Commons di http://creativecommons.org

Learn languages from TV shows, movies, news, articles and more! Try LingQ for FREE