×

Usamos cookies para ayudar a mejorar LingQ. Al visitar este sitio, aceptas nuestras politicas de cookie.

Rebaja de Año Nuevo - Semana Extendida ¡Hasta 50% de descuento!
image

RhinoSpike Classics - Malay, Jupiter's Io part 2

Jupiter's Io part 2

Tidak seperti satelit-satelit lain di dalam Sistem Solar luaran (yang mempunyai lapisan ais yang tebal), Io kebanyakannya terdiri daripada batuan siliat yang mengelilingi satu leburan besi atau pusat besi sulfida. Io mempunyai permukaan secara geologinya sangat aktif di dalam surfaces sistem solar , dengan lebih daripada 400 gunung berapi aktif. Aktiviti geologi yang sangat melampau ini sebenarnya hasil daripada perombakan haba daripada geseran yang dijana di dalam Io dengan tarikan Musytari yang berubah-ubah. Beberapa gunung berapi menghasilkan abu gunung berapi daripada sulfur dan sulfur dioksida yang meningkat setinggi 500 km (310 bt). Permukaan Io juga "dititikkan" dengan lebih daripada 100 gunung-ganang yang boleh diangkat oleh mampatan yang besar di dasar kerak bulan yang bersilikat. Beberapa puncak di bulan tersebut adalah lebih tinggi daripada Gunung Everest Bumi. Kebanyakan daripada permukaan Io dicirikan oleh dataran yang diselaputi oleh sulfur dan sulfur dioksida beku.

Dibuat oleh annie_mktan & Thomas.

Learn languages from TV shows, movies, news, articles and more! Try LingQ for FREE